Berjaya, Gembira & Syukur




Soppy melompat keriangan bila mana mendapat tahu dia ditawarkan tempat dalam bidang asasi undang-undang di IPTA...walaupun sebelumnya telah menerima tawaran ke matrikulasi dalam bidang sains fizikal...

Inilah reaksi addiku...gembira, riang dan penuh emosi... Semua orang yang berjaya akan merasa puas dengan kejayaannya. Ini lumrah alam... Tapi berapa ramaikah antara kita bersyukur bila menerima kejayaan..??

Kita selalu merasakan kejayaan adalah "hak" kita, bukan "anugerah" yang diberikan olehNya. Kita selalu merasakan usaha kita adalah segala-galanya... Memang benar kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat apa yang kita mahukan, tetapi kita harus sering berharap dengan pertolonganNya.

Tanpa pemberianNya, sudah pasti nikmat kejayaan tidak akan kita perolehi... Kadang-kadang kita sering lupa tentang nikmat kejayaaan... termasuklah juga aku... Oleh itu, nikmat kejayaan tidak lagi mampu mencambah iman dijiwa dan menguntum syukur dihati.

Natijahnya, hati sering merasakan kejayaan yang dikecapi kerana 'diriku', kerana 'usahaku', kerana 'kerajinanku' dan juga 'kepandaianku'.

Tidakkah kita berfikir siapakah yang mengurniakan semangat, motivasi, kesungguhan dan akhirnya kejayaan kepada kita ? Tanpa anugerahNya kita tidak mungkin mendapat itu semua.... Tetapi adakah itu bermakna, Allah bersalah kerana tidak mengurniakan sifat rajin, pemikiran yang tajam dan juga jiwa yang fokus untuk mencapai kejayaan???

Jawapannya...tidak sesekali. Ini semua ujianNya dan juga mungkin kerana dosa-dosa kita. Ini kerana dunia ini adalah wadah lakonan semata-mata. Sedarkah kita, kita semua adalah pelakon dipentas dunia? Ada yang diberi peranan menjadi raja atau rakyat, ibu atau anak, orang berjaya atau orang yang gagal, berkerjaya tinggi atau berkerjaya rendah, dan mungkin juga bergaji murah atau bergaji mahal... kita sering mempersoal watak yang diberikan oleh 'pengarah'. Semua antara kita mahukan watak 'baik2'. Tetapi sedarkah kita bukanNya watak yang penting tetapi 'penghayatan' kepada watak...


Dalam mana anugerah mana-mana pun, termasuk anugerah oscar dan ABP, anugerah terbaik diberikan kepada pelakon yang mampu 'menjiwai' watak lakonannya..bukannya pelakon yang yang hanya memegang watak 'hero'......kerana peranan 'hero' atau 'heroin' bukan persoalannya dalam sesebuah lakonan... Tetapi mutu 'persembahan' yang diambilkira....


Jadi, pelakon yang berjaya dan layak menerima 'trofi' adalah pelakon yang mampu mengikut 'arahan' dan perintah "Pengarah' dan mematahi "skrip' Nya dalam melakonkan watak.. Tidak kira apa pun watak yang diberikan kepada kita, tetapi kita mesti 'melakonkannya' berdasarkan kehendak "Pengarah"...

Kenapa??? Ini kerana ini 'drama' dan "produksi' NYa....

Chaiyok... smoga kita sama-sama menerima 'trofi' kemenangan atas keberkesanan watak kita..!




Comments

Popular Posts