KeJaYaaN & KegagALan


Semua manusia mengimpikan kejayaan demi kejayaan. Tiada sesiapun di dalam dunia ingin bertemu atau menempuh kegagalan. Kenapa? Adakah kegagalan itu menakutkan? Memeritkan? Atau begitu kasar & kejam sehingga mampu merobek sarang keharmoniaan. Seringkali kegagalan dikaitkan dengan kedukacitaan....

Semakin kita cuba menjauhi drp kedurjanaan 'kegagalan', ia semakin rapat menghampiri kita. Kegagalan adalah suatu yang pasti. Tapi kejayaan adalah sukar dicari! Tetapi kita perlu percaya bahawa kejayaan dan kegagalan adalah asam garam dunia dan rempah ratus kehidupan. Tanpanya, mungkin kehidupan tiada manis, masam dan pahitnya....

Teringat aku cerita seorang ustaz bahawa kegagalan adalah satu perkara yang manis dan mengembirakan. Ia ibarat buah yang manis yang diberi oleh seseorang kepada 2 jenis individu iaitu:-

1) Orang yang sihat
2) Orang yang sakit

Walau bagaimanapun, orang yang sihat terasa betapa lazat dan manis yang buah tersebut. Namun orang yang sakit merasa buah yang manis begitu pahit dan memualkan disebabkan oleh kesihatan yang kurang baik dan seterusnya mendorong kepada kehilangan selera dan nafsu makan. Hakikatnya buah tersebut adalah MANIS tetapi berbeza rasa oleh 2 individu berbeza.

Begitulah juga dengan kegagalan, ianya adalah manis (hakikatnya) kerana bertujuan untuk menjahit sejadah iman. Tetapi berbeza pandangan dan persepktif berdasarkan cara dan keadaan kita...

Fikir-fikirkan..22

Comments

Popular Posts