MASALAH DAN KITA


Kita dan masalah.. masalah dan kita... adalah dua enttiti yang tidak dapat dipisahkan. Walaupun siapa kita, sama ada rakyat atau pemimpin, sama ada ibu atau anak, sama ada pelajar atau guru, sama ada org tua atau org muda, semua antara kita menghadapi masalah.....


Kadang-kadang masalah ini amat membebankan dan merunsingkan. Dan ramai juga yang menangis dan 'rebah' tika dikunjung oleh masalah.


Beberapa hari yang lepas, aku sempat menanyakan berita rakan-rakan di Malaysia menerusi YM.. tapi rata2 menyatakan maslah masing2...


Ader yang resah kerana menanti tarikh viva walaupun sudah 2 bulan menghantar tesis... Ada yang gelisah menunggu jawapan permohonan menjadi pensyarah... Ada pula yang menangis tak kala penyelia meminta disiapkan itu dan ini di saat-saat akhir... Dan tak kurang juga yang mendebar-debar untuk menunggu saat sambung belajar tidak lama lagi...


Itu masalah mereka.... aku juga tidak terlepas daripada kunjungan mesra oleh 'masalah'. Masalah aku pula untuk mendalami ilmu baru... dan mengkaji ttg masalah kehausan dan geseran....


Apa itu masalah? Adakah masalah dijadikan untuk olehNya untuk 'menemui' kita acapkali sesuatu yang menakutkan.??.. atau kita perlu 'sambut' kedatangannya dengan penuh kemesraan dan kasih-sayang??.


Tetapi... beberapa ramaikah antara kita tenang dan menerima kedatangan tetamu yang bernama 'masalah' dengan hati terbuka? Ramai antara kita, hanya sering mengeluh, marah, mencaci dan mgkin menangis apabila tetamu 'setia' ini datang melawat kita.. Begitu juga aku disini... sering melatah dan kadan-kadang tidak sanggup untuk menjenguk lagi masalah yang telah pun berada dalam 'rumah' ini....


Cuba bayangkan, kalaulah Allah tidak jadikan masalh... pasti hidup kita akan bosan dan monotonous.... kerana 'kepulangan' masalah daripada 'rumah' kita akan meninggalkan beribu-ribu 'harta kekayaan' seperti kegembiraan, kedamaian dan kesyukuran. Tanpa kunjungan 'dia' sudah pasti tiada 'hadiah' yang diberikan...


Memang tidak dinafikan, 'kunjungan' ia memang memeritkan.... ttapi... bermohonlah kpd Allah, moga2 Allah memendekkan waktu lawatan hamba-Nya ini di'rumah' kita dan menghadiahkan kita dengan pelbagai hadiah pabila 'dia' ingin pulang....


Percayalah... 'masalah' tidak akan lupa melawati kita dan amat 'merindui' kita...dan ia amat patuh kpd Allah.. Dia datang 'melawat' kita kerana patuh kpd Allah... Jadi kita juga sama-samalah berusaha untuk tunduk dan patuh pada Allah... agar... kita berasa SABAR dgn kunjugannya dan SYUKUR apabila ia pulang....

Comments

Popular Posts