SEBUAH PELAYARAN JAUH..




SEBUAH PELAYARAN


Kehidupan ini ibarat sebuah pelayaran yang panjang…Pelayaran untuk menemui-Nya… Dalam pelayaran yang jauh ini, semua antara kita pasti berlabuh disebuah pulau buat sementara…. Pelayaran ini akan diteruskan lagi bilamana kelasi memanggil nama kita untuk meneruskan pelayaran. Ada yang dibenarkan berlabuh di pulau ini lama dan ada pula hanya sempat memijak kaki sahaja, nama terus dipanggil untuk meneruskan pelayaran.

Tetapi apa tujuan kita berlabuh di pulau ini….? Ini mungkin persoalannya…. Ramai antara kita sering lupa apa tujuan sebenarnya kita dilabuhkan di pulau ini. Hakikatnya, kita telah dipesan sebelum kita dilabuhkan lagi… Kita memang pelupa…

PULAU YANG INDAH

Pulau ini begitu indah dan mempersonakan… Pulau yang menawarkan kenikmatan dan kesenangan… Justeru ramai antara kita begitu asyik dan alpa.

Apa matlamat kita dipulau ini?

Kita seharusnya mencari dan menyiapkan bekalan ‘makanan iman’ dan ‘minuman ketakwaan’ di pulau ini untuk pelayaran akan datang. Jika tidak, kita tidak akan mampu meneruskan pelayaran kerana tiadanya bekalan…

Tahukah aku dan kamu, kita sekarang berada di pulau. Kita hanya berhenti sementara menanti nama dipanggil untuk meneruskan pelayaran berikutnya. Jadi sudahkah kita mencari dan menyiapkan bekalan kita? Kenapa kita masih lagi malas untuk mencarinya dan menunggu hari esok… Mungkinkah esok ada untuk kita??. Jika nama kita dipanggil hari esok untuk meneruskan pelayaran, kita tidak lagi sempat menyediakan bekalan.

Kenapakah kita lupa tujuan kita… ? Kenapa kita kita hanya suka menikmati hiburan yang ditawarkan di pulau ini… Kita juga hanya asyik menikmati juadah ‘makanan nafsu’ yang begitu menyelerakan tanpa menyediakan apa2 bekalan untuk pelayaran akan datang…


BERSEDIAKAH KITA

Kepada aku, kamu, dan dia…. Adakah kita sudah bersedia dengan bekalan kita hari ini jika esok nama kita dipanggil untuk meneruskan pelayaran? Semoga kita semua sentiasa ingat tujuan kita berlabuh di pulau ini…

Janganlah kita terpengaruh dengan kemewahan dan kesenangan sementara. Lihatlah sekililing kita… Berapa ramaikah orang yang kita kenali telahpun dipanggil untuk meneruskan pelayaran. Bilakah pula giliran kita? Yang pasti, nama kita pasti dipanggil…Siapkan bekalan kerana pelayaran kita masih jauh…

Moga-moga kita semua dapat menyediakan bekalannya yang cukup agar pelayaran yang berikutnya kita tidak lapar dan dahaga.!

Menuju destinasi hakiki, kadang kala leka dengan sorakan duniawi...

Comments

Popular Posts