IMPIAN DAN GEMBIRA

“ Apa impian anda?” tanya Cikgu Yam.
“ Saya nak jadi engineer dan buka syarikat,”jawab Alex sambil angkat tangan.
“ Saya pulak nak belajar kat luar negeri. Mesti best! ..” ulas Sani dengan muka penuh yakin.
“Saya nak ambil PhD..” balas Amy.
“ Saya, saya nak kawin dgn anak org kaya!!!” jerit Nani.
“ Hmmm..Saya nak anak yang ramai…hehehhheh”, balas Fir dengan ketawa.

Semua daripada kita mempunyai impian.Impian boleh diandaikan sebagai momen yang amat diidam-idamkan. Kebolehan untuk mencapai impian boleh juga diklasifikasikan bahawa anda telah berjaya dan pastinya anda gembira. Tetapi sejauh manakah impian memberi anda nikmat gembira.

Adakah anda fikir, jika anda menjadi seorang professional spt doctor, jurutera, atau peguam dan mempunyai syarikat, anda akan gembira?

Adakah anda yakin, jika anda belajar di luar negara, anda akan gembira?

Adakah anda rasa, jika anda memperoleh pangkar Dr., Prof, Datuk, Tan Sri., anda akan gembira?


 

Saya tidak mepunyai jawapan tepat untuk persoalan diatas. Walau bagaimanpun, mari kita menyorot tentang kehidupan kita sbgi pertimbangan. Dalam hidup kita, apakah factor yang menyebabkan kita gembira dan menyebabkan kita sedih. Gembira merupakan satu perasaan keterujaan kesan perubahan graf emosi kerana factor “luar kebiasaan”. Jadi, saya berpandangan gembira merupakan graf perasaan yang tidak bersifat malar (constant) dengan masa (t). Ini kerana, gembira memerlukan rangsangan “luar kebiasaan” dan pastinya ransangan ini tidak dapat diperolehi sepanjang kehidupan. Atas dasar ini, saya bersetuju bahawa apabila impian kita tercapai, kita akan gembira. Tetapi momen gembira hanyalah berlaku dalam tempoh seketika. Apabila arus raansangan hilang dengan pertamabahan masa (t), momen gembira bertukar biasa. Mari tgk kes dibawah :-

KES 1:
John dapat menikmati Pizza* untuk makan tengahari sepanjang 12 tahun.
Sam hanya dapat memakan roti keras* sepanjang 12 tahun. Satu ketika pada majlis bantuan kemanusian, dia diberikan pizza selama seminggu.

*Anggapan: Pizza adalah makanan paling sedap dan mahal
*Anggapan: Roti keras makanan kurang sedap dan paling murah


a) Pada pendapat anda, apakah perasaan John dan Sam ketika memakan Pizza.
b) Apakah pandangan Sam terhadap John yang dapat menikmati Pizza
c) Pada pendapat anda, apakah perasaan Sam ketika memakan roti keras sepanjang 12 tahun.


Secara kasarnya, jawapan mungkin spt dibwah:-

a) John mungkin merasa biasa aje dengan memakan Pizza. Tiada yang lebihnya kerana setiap hari dihidangkan dengan Pizza. Sam pastinya berasa sangat gembira ketika menjamah pizza slama sminggu kerana baginya Pizza lebih sedap drp roti keras yang dimakan spjg 12 thn.
b) Sam mungkin merasakan kehidupan John begitu bertuah dan gembira sebab dapat makan makanan yang best2 tiap2 hari
c) Sam mungkin merasa biasa aje kerana dia sudah terbiasa memakan roti keras. Sam mugkin juga berasa sedih jika dia membandingkan kehidupan dirinya dengan John.

Daripada cerita ini, walaupun kita mendapat perkara yang paling baik didunia, kita masih atau mungkin tidak dapat merasai momen gembira. Dalam kes diatas hanya Sam yang merasa gembira ketika menikmati Pizza sedangkan John tidak merasakan ia momen yang indah atau gembira. Malah, Sam turut merasakan kehidupan John diselubungi kebahagiaan dan keceriaan.

Tapi hakikatnya, adakah John merasa momen gembira ketika memakan Pizza? Atau John merasa sebaliknya puas, jemu, muak... Tapi yang pasti, John tidak merasakan memakan Pizza itu suatu nikmat luar biasa. Kalau pun dia gembira ketika memakan Pizza, sudah pasti tidak segembira Sam ketika memakan Pizza.


Realiti kehidupan…

Dalam realiti kehidupan, kita sering melihat orang lain sedanng diulit kegembiraan kerana memiliki sesuatu yang dianggap berstatus ‘elit’. Kita juga merasakan kita juga akan gembira jika dapat memiliki perkara terbabit. Atas dasar ini, wujudlah impian yang kita tanam untuk mencapainya dengan harapan untuk menuju tahap lebih baik dan hidup dalam kegembiraan. Kita sering dibayangi watak Sam. Tetapi, hakikatnya adakah mereka gembira secara mutlak? Adakah golongan berwatak “John” ini gembira secara total.

Kita merasakan dengan menjadi doctor, peguam, atau jurutera akan memberi gembira.
Kita merasakan dengan memliki rumah yang besar akan memberi gembira.
Kita merasakan dengan memiliki isteri yang cantik dan anak-anak yang ramai akan memberi gembira.

Sudah pasti, perkara diatas insya-allah akan memberi gembira pada saat awal memilikinya. Tetapi, hakikatnya dengan pertambahan masa, momen gembira ini hilang walaupun telah memiliki impian yang sangat diingini sebelumnya dan seterusnya mengurangkan syukur seperti John yang dapat menikmati Pizza selama 12 tahun. Menjamah pizza tidak lagi menjadi momen gembira buatnya. Dengan limpahan kurniaan dan rezeki ynag terbaik yang Allah berikan, kita sering lupa untuk menzahirkan momen gembira dengan bersyukur denagn apa yang kita miliki. Kita sering merasakan itu hak dan kepunyaan kita.


Siapa kita “Sam” atau “John”

Tidak kiralah siapa watak kita sekarang, tetapi yang penting, hayatilah setiap momen kehidupan. Apatah lagi momen gembira. Momen gembira haruslah sering diungkap dengan penuh syukur. Mungkin kita merasakan kita sedang memegang watak “Sam” yang serba kekurangan, sedangkan berapa ramai manusia melihat kita sebagai “John” dek kerana “kelebihan” dan “kemewahan” ynag kita miliki. Cuba lihat apa yang kita miliki sekarang…..

Agama, kesihatan, keamanan, pendidikan, keluarga, kerjaya, kawan-kawan…

Dalam hal ini, berapa ramai org yng berwatak “Sam” melihat kehebatan kita dan mengenali kita sbgai watak “John’. “ John’ yang memilki kelebihan dan anugerah yang terbaik. Sedangkan kita tidak merasakan itu sebagai perkara luar biasa yang dapat memberi momen gembira. Akhirnya lunturnya sifat syukur kepada Allah sebagai maha pemberi segala nikmat. Hanya kita tidak melihat sedalam-dalam kurnia ynag diberikan-Nya.

Justeru itu, bersyukurlah dan gembiralah dengan apa yang anda miliki sekarang. Raikan momen anda sekarang. Bersederhanlah, kerana bersederhana itu kunci kegembiraan dan kejayaan. Tidak salah memasang impian kerana impian menyebabkan kita lebih maju. Tetapi, apa yang penting, raikan momen anda hari ini dan detik ini dengan bersyukur. Impian hari esok belum pasti. Tindakan anda hari ini menentukan hari esok.

Comments

Popular Posts