SIFAT MANUSIA

Manusia sukakan kebaikan
Tetapi bukan membuat kebaikan
Hanya menerima kebaikan.

Manusia sukakan perhatian dan pujian
Tetapi bukan memberi perhatian dan pujian
Hanya mendapat perhatian dan pujian.

Manusia sukakan kasih dan belaian
Tetapi bukan menyerahkan kasih dan belaian
Hanya mengharap kasih dan belaian.


Ini sifat manusia
Hanya pandai menerima
Sukar menghulur…

Kerana kita
Kedekut perasaan
Lumpuh pedoman
Fakir iman

Jadi
Kita rasa gembira bila menerima berbanding memberi
Kita rasa gelisah bila asyik terus memberi
Tetapi bukankah
Memberi lebih baik daripada menerima

Bila memberi kita mengembirakan manusia lain
Jadi Allah akan mengembirakan kita
Bila memberi kita menghargai manusia lain
Jadi Allah menghargai kita

Pasakkan di dalam dada
Allah maha kaya
Dia akan terus memberi terbaik
Jika kita memberi yang terbaik

Maka memberilah
Dan
Harapkanlah redha Allah
Bukan kerna manusia
Kerna kebanyakan manusia itu miskin
Bahkan terlalu papa
Untuk memberi
Waima dengan sepatah ucapan




Comments

Popular Posts