Tentang Kawan


Jangan berkecil hati
Jika kawan sudah tidak peduli
Jangan bersedih
Jika kawan sudah ada pengganti
Jangan kecewa
Jika kawan mula mengetepi
Jangan menangis
Jika kawan kian lari

Siapa itu kawan?
Kawan ialah juga hamba tuhan
Serba kekurangan dan
Penuh kelemahan

Mungkin hari ini dia menjadi kawanmu
Tapi esok belum tentu

Pabila berkawan
Jangan terlalu berharap
Kelak akan kecewa
Nanti akan merana

Kerna kawan tetap manusia biasa
Dia datang pabila perlu
Dia tiba pabila melihat
Engkau punya sesuatu

Jadi…
Bersabarlah bila berkawan
Kerana..
Bila berkawan perlu berkorban
Bila berkorban, menuntut kepayahan
Bila kepayahan memberi kegelisahan


Jika hendak berkawan
Banyakkan memberi daripada meminta
Banyakkan puji daripada mengata
Banyakkan mendengar daripada bersuara


Jika membantu kawan
Jangan diharap balasan ataupun sanjungan
Jangan diharap kasih mahupun pujian
Kerna nilai balasan manusia amat kecil
Kerana nilai sanjungan manusia amat kerdil
Kerna nilai kasih manusia amat lemah
Tidak memberi apa-apa erti….

Jika kawan tidak menghargai pengorbananmu
Allah pasti menghargainya
Jika kawan tidak melihat kasih-sayangmu
Allah pasti melihatnya
Jika kawan tidak membalas pemberianmu
Allah pasti membalasinya
Jika kawan tidak memandang keprihatinanmu
Allah pasti memandangnya

Maka….
Berkawanlah kerna-Nya
Berkasih-sayanglah kerna-Nya
Berkorbanlah kerna-Nya
Tapi, bersederhanalah…
Kerana bersederhana itu sangat indah

Ingatlah…
Allah sentiasa bersamamu..

Comments

Popular Posts