BERPRASANGKA

Perkara ini memang susah
Kerna perkara baik ibarat mendaki
Mudah secara prinsipnya tetapi
selalu gagal di alam realiti

Pabila membabitkan soal hati dan emosi
Kita sering tewas dek bisikan syaitannirrrajim
Justeru..
Semua andaian dan kesimpulan
Tidak lagi berteraskan hakikat iman
Lumpuh daripada batas kesedaran.


Sedarkah atau tidak
Kita sering berhipotesis dalam banyak keadaan
Tapi malangnya
Hipotetis kita sering mengarah keburukan
Malah tersasar jauh daripada landasan
Terus..
Memusnahkan jalinan perhubungan
Meranapkan binaan kepercayaan
Melunturkan warna kesetiaan
Lebih parah lagi boleh
Memadamkan cahaya keimanan.


Dalam semua perhubungan
Antara ibu dan anak
Antara suami dan isteri
Antara rakan dan teman
Antara majikan dan pekerja
Pasti ada perkara yang memualkan
Dek..
Perkara yang bercanggah dengan kemahuan
Lagi merobek kehendak hati dan ketentuan.

Pabila ini semua terjadi
Secara tanpa kita sedari
Kita terus berprasangka kepada semua situsi ini
Maka
Hidup kita tidak lagi berseri
Dendam dan luka telah menguasai diri
Terus
Tutur kata dan tindakan hilang pekerti
Ukhwah terbina terus terputus tidak bertali
Akhirnya siapa yang rugi?

Oleh kerana
Kehidupan kita terlalu singkat untuk dipersiakan
Jadikanlah setiap momen dalam setiap perbuatan
Bermakna buat diri dan manusia sekalian
Kendurkan ego
Sejukkan amarah
Padamkan prasangka
Buangkan dendam.
Agar kita terus menjadi manusia budiman.




Comments

Popular Posts