BuatMu, Ya Allah



Terima kasih Ya Allah
Hidup ini penuh warna-warni
Kadang-kadang aku merintih
Kadang-kadang aku menangis
Kadang-kadang aku amat lelah

Tetapi
Rahmat dan kurniaan-Mu-lah
Menjadi teman dan pendamping
Sering memujuk hati ini
Dengan begitu lembut dan kasih

Ya Allah
Berilah faham pada hati ini
Bahawa..
KasihMu adalah kasih terbaik
PemberianMu adalah pemberian terbaik
TakdirMu adalah takdir terbaik
Buat diri ini
Seorang hamba di muka bumi Mu


Ya Allah
Berilah faham pada hati ini
Bahawa..
Segala ujian yang datang daripada Mu
Adalah untuk menguat hati ini
Agar terus bergantung pada Mu
Agar terus membalas kasih Mu


Ya Allah
Berilah faham pada hati ini
Agar
Bersyukur dengan semua pemberian Mu
Redha dan sabar dengan segala ujian Mu


Ya Allah
Berilah kekuatan pada hamba Mu
Untuk menurut perintahMu dan meinggalkan larangan-Mu
Ya Allah
Perbaikilah akhlakku
Kuatkan jiwaku
Sinarilah hatiku dengan suluhan imanMu

Comments

Popular Posts