TIGA GOLONGAN MANUSIA


Aku dan kamu
Adakah kita saling memerlukan

Mungkin jawapan ia
Mungkin jawapan tidak

Ia menjadi makin keliru
Pabila prinsip "Ada Aku Kesah" menjadi ikutan
Aku dengan hidup aku
Engkau dengan hidup engkau
Hari demi hari
Kita semakin hilang arah
Kita semakin hilang pedoman
Siapa kita dan apakah kita harus lakukan.

Yang pasti kita terbahagi kepada tiga
Jika betul percaturannya
Jika lurus pemahamannya
Jika ikhlas amalannya
Yang ketiga lebih baik daripada pertama
Kerna hati sering berbicara
Apakah itu makna bahagia.

Inilah tiga golongan manusia
Untuk aku dan kamu
Bagi meraih nilai bahagia.

Pertama
Kita dan dunia kita sahaja
Hanya memikirkan diri kita sampai mati
Pesimis dan mementingkan diri
Dengan hanya beralasan
Buat apa fikir pasal orang lain sedangkan
Orang lain tidak akan fikir akan kita
Membuatkan katogori ini terus menyepi
Hidup sebegini mungkin bahagia
Kerna tidak disusahkan dan menyusahkan
Istilah gembira ditafsirkan pabila
dapat mengembirakan diri.


Kedua
Kita dan dunia kita
Dan juga memikirkan orang sekeliling kita.

Golongan ini mungkin bahagia dan mungkin terseksa
Pabila berhubung dengan manusia
Pasti timbul perkara duka dan nestapa
Kerna pengorbanan menjadi perkara utama
Hanya kasih-sayang penawar duka
Pabila istilah bahagia ditafsirkan dengan membahagiakan
Org lain
Insyallah hidup kita pasti bahagia

Tapi jangan mengharap org lain akan membalas
dengan perkara yang sama
Kerna pastinya kita terus bermuram durja
Silap haribulan makin terseksa jiwa
Sebab manusia tetap manusia
Tidak suka memberi tetapi hanya menerima

Bagi golongan ini untuk kekal bahagia
Jadikan pemberian dan pertolongan kpd manusia
Hanya kerna-NYA.
Kerna Allah maha kaya
Kebaikan akan dibalas dan dijamin syurga
Memberi bukan kerana dia tapi keranaNYA.
Berbaik bukan kerana ada kepentingan di jiwa
Tetapi kerana suruhan yang Maha Esa.
Jika ini tidak dapat dipasakkan di dalam dada
Berubahlah anda menjadi golongan pertama
Kerna itu menjamin anda untuk terus bahagia.




Ketiga
Kita dan dunia kita
Dan juga memikirkan orang diseluruh dunia
Golongan ini amat luhur jiwanya
Membantu umat dan seluruh masyarakat
Kerna itu kepentingan dan keperluan hatinya
Lihat sahaja sukarelawan di mana sahaja
Sanggup bersusah-payah untuk umat manusia
Erti bahagia hanya melihat orang lain tersenyum ceria
Tanpa mengharap secebis pembalasan
Kerana mereka tahu orang lain amat menderita
Sedangkan dia mampu memberi sedikit cahaya
Bagi menyinari sebuah penghidupan
Yang hanyalah amat sementara.

Justeru
Aku dan kamu
Hidup ini sebuah pilihan
Hidup ini sebuah perjalanan
Buatlah keputusan terbaik
Kerana kita akan dipersoalkan
Semoga kita dapat meningkatkan
Makna sebuah penghidupan
Bahagia bukan untuk diri kita sahaja
Tapi buat semua
Aku, kamu dan dia.

P/s: Jadi, kita sekarang dlm golongan mana ye?


Comments

Popular Posts