Wahai Hati!
Wahai hati!
Sejahteralah kamu
Tenang dan bahagialah mu
Wahai hati!
Ketahuilah
Hati yang sejahtera adalah nikmat yang paling berharga.
Bagi seorang pelajar
Bila hati tenang
Semua yang dibaca,
Terus meresap dalam memori
Semua yang dipelajari
Terasa mudah untuk difahami
Masa dapat digunakan dengan amat teliti
Tanpa membazir untuk perkara yang rendah kualiti
Bagi seorang hamba tuhan
Bila hati tenang
Solat menjadi lebih aman
Sifat kehambaan menjadi pegangan
Prinsip ketuhanan menjadi panduan
Semua suruhan dan larangan terasa mudah untuk dilakukan
Tindakan dan perbuatan akan rasa diperhatikan
Diri makin dekat dengan tuhan
Bagi seorang manusia
Bila hati tenang
Segala pujian tidak mengalpakan
Segala kutukan tidak melukakan
Ujian kesenangan akan disyukuri
Ujian kesusahan akan disabar tanpa emosi
Bila hati tenang
Tiada apa lagi untuk ditangiskan
Tiada apa lagi untuk digusarkan
Kerana apa difikirkan
Takdir Allah melebihi tadbir manusia
Kerana apa dipercayai
Rezeki untuk kita ditetapakan oleh Nya
Kasih Allah melebihi segala-galanya
Justeru
Bawalah hati berjumpa tuhan
Agar dirawat dengan ubatan iman!!
Sejahteralah kamu
Tenang dan bahagialah mu
Wahai hati!
Ketahuilah
Hati yang sejahtera adalah nikmat yang paling berharga.
Bagi seorang pelajar
Bila hati tenang
Semua yang dibaca,
Terus meresap dalam memori
Semua yang dipelajari
Terasa mudah untuk difahami
Masa dapat digunakan dengan amat teliti
Tanpa membazir untuk perkara yang rendah kualiti
Bagi seorang hamba tuhan
Bila hati tenang
Solat menjadi lebih aman
Sifat kehambaan menjadi pegangan
Prinsip ketuhanan menjadi panduan
Semua suruhan dan larangan terasa mudah untuk dilakukan
Tindakan dan perbuatan akan rasa diperhatikan
Diri makin dekat dengan tuhan
Bagi seorang manusia
Bila hati tenang
Segala pujian tidak mengalpakan
Segala kutukan tidak melukakan
Ujian kesenangan akan disyukuri
Ujian kesusahan akan disabar tanpa emosi
Bila hati tenang
Tiada apa lagi untuk ditangiskan
Tiada apa lagi untuk digusarkan
Kerana apa difikirkan
Takdir Allah melebihi tadbir manusia
Kerana apa dipercayai
Rezeki untuk kita ditetapakan oleh Nya
Kasih Allah melebihi segala-galanya
Justeru
Bawalah hati berjumpa tuhan
Agar dirawat dengan ubatan iman!!
Comments
Post a Comment