Ramai “Artis” kurang “Penonton”




Sesungguhnya, kita tidak sempurna dan begitu jauh dari kesempurnaan. Tetapi, bukan kesempurnaan yang kita  cari dalam hidup singkat  ini tetapi proses pembaikian diri kearah yang lebih baik. Dalam kehidupan harian, begitu ramai yang kita temui dan merekalah inilah yang telah banyak mempengaruhi kehidupan kita dan seterusnya mewarnai hari-hari kita.  

Sedar atau tidak,  dalam pemerhatian saya begitu ramai antara kita mahu menyuarakan pendapat, melontarkan pendangan, memberi idea, menyampaikan cerita tetapi amat sedikit bilangannya yang mahu menjadi pendengar setia.

Terlalu ramai antara kita terlalu gopoh untuk bersuara  dan kadang-kadang terus memotong percakapan. Terlalu ramai antara kita kini  bertindak  menjadi “artis” tetapi terlalu sedikit yang mahu menjadi “penonton” . Apa yang akan jadi jika jumlah “artis” lebih ramai daripada “penonton”? Hmmmm….

Jadi, persoalannya  bolehkah kita mengubah keadaan ini? Bagi saya kita tidak boleh mengubah keadaan sekeliling, tetapi kita boleh mengubah diri kita. Justeru, saya berpandangan, adalah lebih baik kita menjadi “pengacara” berbanding “penonton”. Ini adalah lebih baik. Sebagai “pengacara”, anda perlu lebih kreatif. Lihat sahaja kepada pengacara di TV. Teringat pesan Oprah Winfrey dalam rancangan akhirnya -25 thn dimana turut menyatakan rahsia yang telah dilakukan sehingga berjaya mengekalkan populariti rancangannya. Apakah  rahsianya? Menurut beliau,  beliau hanya mendengar luahan manusia dan mengesahkan (validate) percakapan mereka. Manusia sebenarnya menginginkan  suaranya didengar dan didisahkan, luahannnya didengar dan disahkan dan pandangan didengar dan disahkan.

Justeru, sbg kesimpulan berilah kesempatan kepada manusia sekililing anda untuk dipendengarkan cerita mereka. Hargai percakapan  mereka. Sahkan kata-kata mereka. Seterusnya bertindaklah sebagai ‘pengacara’…. InsyaAllah bersama-sama kita mendapat manfaat untuk kehidupan lebih baik. Berbuatlah sesuatu kerana Allah...


**Pictures @ Sydney***

Comments

Popular Posts