Pesanan Daripada Al-Fadil Ustaz Faiz Hayy

Pemberian kita dalam kehidupan ibarat hidangan kita kepada seseorang. Ia ibarat kita telah membancuh secawan kopi dengan terbaik sekali menurut piawaian kita dengan menimbangkan tahap kepekatan, rasa, warna dan suhu kepanasan, setrusnya, dengan penuh keikhlasan, kita menawarkan kepada seorang rakan untuk menikmati secawan kopi bersama untuk menghilangkan dahaga.

Namun, kadang-kadang dek selera berbeza maka maklumbalas yang diterima daripada rakan diluar jangkauan kita. Terlebih manis dan terlalu pahit menjadi antara kata-kata yang disuarakan pabila menikmati hirupan kopi yang dihidangkan. Kita sering kecewa dan terluka pabila tidak dapat memuaskan hati rakan kita seperti yang diharapkan. 

Namun begitu, jika kita telah  membancuh kopi dengan terbaik mengikut kemampuan kita, berdamailah dan bergembiralah, tetapi jika masih ada ruang atau rongga pengingkatan atau pembaikian yg boleh dilakukan, maka lakukanlah. Kerana kehidupan kita begitu singkat, buatlah sesuatu mengikut kemampuan dan keupayaan kita. Bergembiralah dengan tindakan kita jika kita TELAH cuba memberikan yang terbaik.

*** Jom tgk bbrp shot2 menarik sekitar Cockington Garden, Canberra...





 


Comments

Popular Posts