Kita Insan Biasa


Kita insan biasa
Tidak sunyi daripada masalah
Tanyalah pada kepada yang bujang
Pasti kesunyiaan menjadi masalah
Tanyalah pada kepada yang berkahwin
Pasti beban dan tanggungjawab menjadi masalah

Walau siapa kita
Kita tetap ada masalah
Sebenarnya masalah terbesar
Masalah dalam mencambah fikir

Sedarkah kita…kita selalu bermasalah
Jika kita sering berfikir
Orang lain jauh lebih baik daripada kita.
Bila sifat qanaah tidak diserap didalam jiwa
Bab 1

Bila kita bujang, kita berfikir
Alangkah bahagia jika dapat berkahwin
Malangnya nasibku kerana belum berkahwin
Jadi kita bermasalah

Bila kita sudah berkahwin, kita berfikir
Alangkah bahagia jika dapat anak
Malangnya nasibku kerana belum memperolehi anak
Jadi kita bermasalah

Tetapi bila sudah berkahwin dan mempunyai anak, kita berfikir
Alangkah bahagia jika dapat berehat daripada beban dan tanggungjawab
Malangnya nasibku kerana mempunyai amat besar tanggunggjawab
Jadi kita bermasalah


Bab 2



Bila kita  sedang dalam pengajian, kita berfikir
Alangkah bahagia jika dapat berkerja
Malangnya nasibku kerana belum lagi mempunyai gaji sendiri
Jadi kita bermasalah

Bila kita  sudah bekerja, kita berfikir
Alangkah bahagia jika dapat kembali menyambung belajar
Malangnya nasibku kerana terlalu sibuk dengan kerja
Jadi kita bermasalah


Bab 3

Bila kita  berkawan, kita berfikir
Alangkah bahagia jika kawan kita seorang berprihatin
Malangnya nasibku kerana semua kawan tidak peduli
Jadi kita bermasalah

Tetapi, bila kawan kita  menjadi prihatin
kita berfikir
Alangkah bahagia jika kawan kita buat hal sendiri
Malangnya nasibku kerana semua kawan busy-body.
Jadi kita bermasalah

###
Sedar atau tidak
Kita sering  melihat kekurangan
Maka kekurangan itu ditangisi,
Kecacatan itu diratapi,
Kelemahan itulah yang disalah erti.
Itulah menjadi punca masalah

Jadi
Belajarlah kita
Melihat celah-celah kebaikan
Mengintai lubang-lubang kenikmatan
Agar kita bersyukur kepadaNya.

Ini tidak bermakna kita hanya berlapang dada
Tanpa berusaha dan mencuba
Kerana itulah perintah dariNya
Ketahuilah bahawa Allah
Tahu yang terbaik untuk kita

Yakinlah, apa yang kita  MAHU
Tidak semestinya apa yang kita PERLU
Allah tahu keperluan kita
Dia akan memberikan apa yang kita PERLU
Itu yang pasti

Kita merancang, Allah merancang,
Allahlah sebaik-baik perancang.
Berdoalah dan bergantunglah pada Allah
Disamping berusaha sebagai tunjang utama
Agar apa yang kita MAHU tercapai

Yakinlah Allah tahu keperitan kita
Allah tahu pengorbanan kita
Allah tahu masa depan kita.



**Pictures @ On the way to Canberra**

Comments

Popular Posts