Mitos Bahagia



Hidup kita seringkali dihinggap perasaan duka.Bilamana rasa syukur tidak kunjung tiba. Hidup terasa sempit dan hilang warna. Hanya disebabkan oleh 2 mitos bahagia. Yang lama terperuk dan terjeruk diminda kita.



Mitos bahagia kerapkali berbicara, Kita berbahagia bila mendapat BANYAK drp biasa. Maka hidup kita terus berlumba-lumba.Tanpa menjaga adab, batas dan agama. Tanpa menjaga hak sesama manusia.  Apatah lagi hak Tuhan yg Maha Esa. Hanya untuk mengejar mitos  BANYAK yang sangat berbahaya. Mitos  yang telah banyak  meragut bahagia manusia. Lihat sahaja sekelilinng kita. Kita merasa akan berbahagia jika kita  banyak harta. Kita merasa  akan berbahagia jika kita banyak  pengaruh dan nama. Justreru hidup kita kini hilang  seri dan daya. Kerana bahagiat tidak  lagi kunjung tiba. Justeru hidup  kita sentiasa gusar dan penuh hiba. Merasakan Tuhan tidak memenuhi doa kita. Pastinya mitos BANYAK  akan terus menghantui. Sampai kita menemui mati. Kerna  persolan BANYAK tidak pernah berhenti. Persoalan BANYAK tidak bertepi.


Mitos bahagia kedua turut kerapakali menjengah diri  ini. Bilamana mitos MASA DEPAN mengawal emosi. Segala tindakan kini  menjadi  tidak keruan. Kerana bersandar pada mitos masa depan. Nikmat bahagia ditafsir bukan detik ini. Bukannya hari ini. Hanya masa depan yang digambarkan terlalu indah. Jika mencapainya, hidup pasti meriah. Bagi pelajar, mitos bahagia hanya  bila sudah bekerjaya. Bagi yang membuat penyelidikan, mitos bahagia hanya bila dapat menghabiaskan kajian. Bagi yang belum berkahwin, mitos bahagia hanya dipahat jika sudah berumahtangga.  Kadangkala kita terlalu mengejar masa depan. Sehinggakan menafikan detik ini, momen ini, dan hari ini. Hidup kita sering terkejar-kejar mencari bahagia. Dimana bahagia?? Bahagia hanya difahami pada MASA DEPAN, MASA DEPAN dan MASA DEPAN…

Tulisan ini bukan untuk ditujukan pada sesiapa. Hanya untuk diri ini untuk lebih memahami erti kehidupan. Bahkan untuk mencorak hari ini dan masa depan  yang lebih bahagia dan sempurna. InsyaaALLAH.



**Pictures @ Botanic Garden, Wollongong**

Comments

Popular Posts